kenapa kurus sangat ni?
diet ke? dah kurus kering dah nak diet apa lagi?
emmm.
makan hati.
aikkk makan hati? kenapa pula?
suami saya dah beralih arah. dah ada orang baru.
(muka selamba je masa dia citer)
kenapa boleh jadi macam tu?
dia hanya menjungkitkan bahu.
kenapalah orang lelaki ni ekkk.. dapat isteri yang cantik bertudung, tak sombong, keje bagus, anak dah 4 orang, hidup bersama dah berbelas tahun.... puuuun masih nak carik lain. tak faham betullah (hanya berkata dalam hati).
orang lelaki... memang susah nak faham (dia kata).
Friday, November 13, 2009
Tuesday, November 10, 2009
PenDaPaT
pendapat 1 - baik kita berhutang, sekurang2nya setiap bulan bila dapat gaji, kita tahu nak urus kewangan kita dengan betul. takdelah duit tu diperabih tak tentu hala tujuan. (fokus pada hutang yang besau2 tu... hutang rumah ke, keter ke).
pendapat ke2 pula - bila berhutang, tak habis2 pula nak bayar hutang. kalau dah habis berhutang, sekurang2nya dapat jugaklah buat saving. ye ke buat saving? leh caya ke tuuuuu. ke saving kat shopping mall? maklum hutang dah habis bayar, kepala otak pun ligat berpusing dan lepas tu panjang jelah langkahkan.
apapun itu hanya pendapat. terpulang pada diri sendiri, tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman, tentu dia tak kisah punya hehehe. yelah daripada kita dok buat ketupat ( selalu kalau kita org pempuan dok kumpul, mesti diorang kata lagu tu.. nyampah betul!), ada baik juga kita bertukar2 pendapat ye tak, hehehe.

HiKmAh AyaT KuRSi
dalam keadaan bosan yang teramat (keje banyak pun, masih sempat nak rasa bosan... klu idak takde perasaanlah namanya ye tak), saya membelek-belek balik folder 'info' dalam email saya. terjumpa & terbaca email yang dihantar oleh kawan saya. lama dah. berita dari satu keratan akhbar.
saya ingin berkongsi email itu di sini. info ini saya rasa mungkin ramai yang dah tahu tapi buat yang belum tahu saya harap ada iktibar untuk kita pelajari bersama terutamanya untuk gadis-gadis di luar sana. mak2 gadis pun boleh baca & jadikan iktibar juga ya.
begini kisahnya....
munirah seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Pendang, Kedah. Munirah pelajar yang pintar. Dia mendapat tawaran biasiswa untuk menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat dalam jurusan Kejuruteraan Komputer. Penampilan Munirah tidak berubah walaupun sudah dua tahun menetap di sana. Dia masih bertudung labuh seperti di kampung dulu. Munirah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran makanan segera selepas habis kuliah. Dia bekerja pada syif malam dan pulang pada tengah malam.
suatu malam, Munirah mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan itu agak tersorok dan tidak banyak orang lalu-lalang. Tiba-tiba, Munirah ternampak seorang lelaki kulit putih bersandar di dinding lorong itu. Dia mula rasa takut dan tidak sedap hati. Lelaki berjambang dan berkumis tebal itu hanya sekadar menjeling tajam. Munirah hanya berdoa ke hadrat Allah dan membaca ayat Kursi dan memohon perlindungan Allah. Munirah sempat mengecam wajah lelaki itu.
sehari kemudian, Munirah terbaca dalam akhbar seorang perempuan telah dirogol oleh seorang tidak dikenali di lorong yang Munirah lalui malam itu, hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong itu. Munirah membuat aduan di balai polis. Selepas melakukan kawad cam, Munirah dapat menecam perogol itu. Munirah meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol itu.
"Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Munirah bertanya.
“No, you are not alone.That night I saw two young man walking with you. One on your side and the other one was by your left side. If you wre alone. Of course you will be my victim ”
Munirah amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur kerana Allah memeliharanya malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dibacanya malam itu telah menyelamatkannya.
Kebesaran dan kehebatan ayat2 Allah memang tidak dinafikan. Yakin dan mengamalkan, insyaAllah janji Allah pasti. jadi sama2lah kita jadikan ia panduan dan amalan hidup kita.

Thursday, November 05, 2009
tOmyAm UdAnG
kenapa? saje je! hehehe
kalau beli katanya sekilo 50 hengget.
mak aiii mahalnya... tapi padanlah
dengan saiznya.. besau!
jadilah bihun tomyan
Labels:
masakan,
terapi minda
Saturday, October 31, 2009
BuNgA ApI
raya kalau tak main bunga api, rasa cam tak bestkan, tak meriah pun ya juga. ala setahun sekali, bukan hari2 main. lagipun bukan lepas bebudak tu main sesama mereka.. mak budak pun main sama... hiks.
langsir tak gantung lagi.. ketupat tak rebus lagi
daging tak direndang lagi.
kalau kita halang mereka merasai suasana tu.
zaman kanak2 hanya sekali beb!
banyak pun.. takat buat syarat je. kalau tak
tak meriah malam tujuh likur
kalau takde lampu kelip2 or lampu
cam dalam gambar tu pun tak best jugak.
tapi ni biasa kat umah2 kampunglahkan.
kat bandar2 jarang kita nampak.
cam mana nak nampak dah semua orang bandar
balik ke kampung ye dak.
saya berangan2 jugak nak buh kat umah saya. tunggu raya tahun depan..hehehe. insyaAllah kalau panjang umur.
ok semua, sampai jumpa lagi.
PeRiHaL BoSS
Bos baru saya ni orang negeri di bawah bayu (tak tahu negeri mana..? p bukak peta heheh). bulan 8 yg lepas genap umurnya 40 thn. tinggi lebih kurang saya tapi dia kurus (tak macam saya huhuhu). bujang lagi. tak tahu kenapa still bujang. rupa ada. kewangan dia tak usah cakaplah.. penguruslah katakan. dah lama keje plak tu. pakai pun keter besi waja tu. baru beli rumah semi D (dengar dia orang sembang). masa memula saya joint unit dia, saya panggil dia 'encik' tapi dia tak nak. dia suh panggil nama je. memang low profile tahap gaban orangnya. tapi depan bos2 besau or pekerja2 dari jabatan lain, kami tetap panggil dia 'encik'. baik camana pun.. hormat tetap hormatkan.
dalam bab keje... memang superb! susah nak tengok dia suruh kami buat keje untuk dia. tapi selalu tengok dia buat keje untuk kami.. heheheh. yang mana dia boleh buat, memang dia tak akan suruh kami. suka attend meeting kalau dia ada. sebab suka dengar dia bercakap. non stop! siap dengan gaya2 tangan lagi. tapi dia cakap bukan 'tin kosong' tau! memang ada point. bukan nak bodek ekkk.. budak jabatan lain pun cakap. dia suka cakap 'last but not least'.
adakalanya moody. masa ni janganlah jumpa or cuba nak ajak dia sembang.. memang tak dilayannya. tapi takdelah selalu. dan adakalanya kalut. kalut ke pelupa tak tahulah. kadang kita dah bagi document kat dia, dia boleh tanya kita balik. emmm sabor jelah. kalau dia nak panggil kami, dia akan datang ke meja, dia tak akan jerit dari dalam tempat dia. memang best keje dengan dia. tapi sayang keseronokan itu tak lama.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..cewwaaaah. selepas cuti raya yang lepas, bos saya tu kena melapor di ibu pejabat di tempat kelahirannya. naik pangkat sudah tentu! bukan kami saja kecewa malah dia juga. serius! dia meluahkan pada kami. dia kata baru nak hidup kat sini (baru beli rumah) dah kena balik kampung. bukan tak suka balik kampung tapi dia kata, family dia ramai kat sini, kawan2 pun ramai.. mak dia pun selalu datang KL. makwe pun kat sini.. agaknyalah.
dihari2 terakhirnya dia bersama kami, dia suka cakap 'sharing is caring'. dalam email pun dia mesti buh ayat tu. dan dia kata lagi... kita tetap bersama walau dia jauh nuuuuuun di sana. dan dia pesan kat saya, kalau ada part2 yang kurang faham (maklum sayakan baru dalam unit tu).. dia kata jangan segan2 nak call or tepon. emmm yelah boss... sadis tau masa dia cakap camtu. tapi serius cakap.. sejak dia takde... unit kami dah macam kelam kelibut.
semalam call dia. tanya bila nak turun KL sbb kami tak buat lagi majlis perpisahan untuk dia. dia kata tak payah buat sbb dia takut nanti saya nangis. apa kes lak saya nak nangis.. ishhh en J ni bergurau ler pula. sembang punya sembang baru dia kata next week mungkin dia turun KL sbb ada meeting kat HQ. haaaa cakap awal2kan senang. emmm so keje saya jugak tu nak carik tempat yang best nak meraikan dia nanti. Yelah orang dah jadi AGM skang... kenalah bawa pegi tempat yang best2 skit. takpe, nanti kalau jadi kita orang buat makan2 tu.. saya akan hantar laporan lagi ya.
*nilah citer sedih selepas raya, yang saya ada sebut dalam n3 saya yg lepas. citer bos kena pindah je sebenarnya, bukan sedih apa pun.. hehehe.
salam.

LaGi SaLaM DuNia
putera sulong adik bongsu saya
15/10/09
2.91kg
kuar kut tingkap.. hehehe
usik camana tetap lena
geraaaamm..
Labels:
anak saudara
KaKaK 10 TahUn
doa umi & abah, semoga kakak akan membesar
menjadi anak yang solehah, inysaAllah.
tak sempat nak buat so beli jelah senang.. tapi
kakak faham umi dia yang bz ini..ahaks.
Labels:
anak,
ulangtahun kelahiran
Wednesday, September 16, 2009
RaYaaaaaa
Tuesday, September 15, 2009
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi
Salam semua
Hari ni baru sempat nak update blog. Tak patut betullah saya ni.. membiarkan blog ini bersawang. Tapi nak buat macamana, bukan saya sengaja membiarkannya bersawang tapi keterbatasan waktu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Perggh ayat kan main lagi..hhehehe.
Semakin dekat nak cuti raya, semakin banyak lak keje yang datang. Menyampah haku! Budak2 region ni saja jer sebenarnya nak dajal kat saya. Maklum dia orang tak dapat cuti lama so dia orang sungguh jeles pada saya yang dapat cuti lama. Lama tak lamalah, 5 hari jer, bermula Jumaat ni. Campur dengan cuti sabtu ahad & public holiday dapatlah 11 hari. 28hb tu tengok keadaan … kalau rajin datanglah melapor.. kalau idak, sambung lagi sehari. Bukan apa, si kakak & sarah ada jamuan raya untuk sekolah agama dia orang.. sibuk nak suh umi dia masak.. padahal umi dia bukanlah tere sangat masak. Alaa bebudak layankan jelah.
Hari ni dah 25 Ramadhan. 4 @ 5 hari lagi kita akan meraikan kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga juga segala nafsu dalam diri. Kenapa dah nak raya ekkk? Rumah tak kemas lagi ni, langsir tak jahit lagi (langsir dah 5 tahun tak bertukar beb!), kuih raya… emmm beli kepek2 jelah jawapnya. Baju anak2 dah siap dah semuanya. Sediakan awal2 senang. Tinggal nak carik kasut. Tudung kakak & sarah konon nak jahit sendiri, kain dah beli…. Kot terjahit, alhmadulillah.. kalau idak tunggu raya haji nanti huhuhuh.
Oklah di kesempatan yang ada ini,ingin saya mengucapkan pada rakan2 semua….
Pada yang hendak berjalan jauh… berhati2 ketika memandu dan semoga kita akan ‘berjumpa’ lagi selepas cuti lebaran nanti.
Sampai jumpa lagi ya *-*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
di atas keterlanjuran & kesilapan saya pada rakan2 semua.
Pada yang hendak berjalan jauh… berhati2 ketika memandu dan semoga kita akan ‘berjumpa’ lagi selepas cuti lebaran nanti.
Sampai jumpa lagi ya *-*
Saturday, August 29, 2009
mErDEka
merdeka! merdeka! merdeka!
31.08.2009
selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 52
untuk semua rakyat Malaysia
semoga kita akan terus MERDEKA!
* ramadhan sudah seminggu berlalu. belum lagi jejakkan kaki ke PARAM (Pasar Ramadhan). masih setia untuk ke dapur menyediakan sendiri juadah berbuka & bersahur untuk suami & anak3. alhamdulillah masih boleh mengawal nafsu lagi.. huhuuhu. semoga kekal begini hingga ke akhir ramadhan, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)